Mesti separu dari kamu tertanya tanya apasal K-POP berjaya dengan begitu mudah.Bukan satu kerja mudah untuk meraih kejayaan dan berada pada tahap tertingi di dalam karier.Selama ini industri hiburan hanya dimonopoli selebiriti-selebiriti berat,namun kini tumpuan global beralih kepada gelombang Hallyu(korea).
Wakil SM Entertaiment, Kim Young Min baru-baru ini mendedahkan resipi rahsia yangmembawa fenomena K-pop merebak pantas ke seluruh pelosok dunia.
Menjelaskan faktor utama yang dititikberatkan adalah teknik dan tempoh latihan.
"Semua pelatih akan dipilih sejak kecil dan diberi latihan yang tegas dan serta penuh disiplin.
"Apabila sesuatu konsep telahppun ditetapkan untuk sebuah kumpulan....lagu, tarian dan bahasa yang bersusuaian akan dipilih. Ketika itu juga ahli yang terpilih harus menjalani latihan serta merta,
"Tempoh latihan pula pelbagai, melihat kepada kemampuan seseorang pelatih sama ada tiga hinga lima tahun.
"Seperti kumpulan TVXQ, mereka berlatih selama tujuh tahun sebelaum benar-benar bersedia tampil dengan album perdana," ujarnya.
No comments:
Post a Comment